Saturday, February 06, 2016
Text Size
English Arabic Chinese (Simplified) Italian Malay
  • World Class Management Studies Programme

  • Audit Swaakreditasi

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

SOL Anjur Ceramah Pendedahan Harta Intelek

Share

SOL ANJUR CERAMAH PENDEDAHAN HARTA INTELEK

UUM ONLINE:

Menyedari tahap kesedaran perlindungan harta intelek dalam kalangan pengguna masih rendah, Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL), Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan ceramah “Intelectual Property Audits and Patents in Europe” yang disampaikan oleh Prof Alison Firth di Pusat Konvensyen pada 14 April 2013.

Menurut Dekan SOL, Prof Madya Dr Rusniah Ahmad ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan harta intelek dan pengendaliannya semasa membangunkan sesuatu produk.

“Bidang undang-undang dalam harta intelek berada pada tahap rendah, justeru program ini untuk mengetahui perkembangan undang-undang harta intelek yang terkini di Eropah di samping memperkenalkan SOL di peringkat antarabangsa,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, program ini turut membuka peluang kepada peserta untuk berkomunikasi secara terus dengan penceramah jemputan dan mewujudkan komunikasi dua hala supaya perkongsian pengetahuan ini dapat memberi nilai tambah kepada peserta terhadap topik yang disampaikan.

Dalam pada itu, pelajar Program Undang-undang semester 8, Athina Klaywa Sim berkata perkongsian ini memberi manfaat dan dapat meningkatkan tahap kesedaran peserta mengenai kepentingan harta intelek.

“Harta intelek merujuk kepada hasil ciptaan seseorang dalam pelbagai bentuk sama ada karya, sastera dan seni, idea, rekacipta, simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perniagaan,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut.

Sementara itu, Prof Alison Firth merupakan Professor Emeritus dalam Undang-Undang di University of Survey, United Kingdom dan Pensyarah Pelawat di Newcastle Law School and Queen Mary, University of London (Centre for Commercial Law Studies).

Habis.

============================

DARIPADA:

SEKSYEN MEDIA

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078

FAKS: 04-928 3016

E-MEL: ukkuum@uum.edu.my

  1. e-Application
  2. Intranet Systems
Legal Disclaimer |Privacy & Security Policy |Copyright | Site Map | FAQ's | Service Desk | User Support | hit counter script