Monday, May 22, 2017
Text Size
English Arabic Chinese (Simplified) Italian Malay
  • World Class Management Studies Programme

  • Audit Swaakreditasi

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

Majlis Serahan Nota Serah Tugas Pegawai Tadbir UUM COLGIS

Share

MAJLIS SERAHAN NOTA SERAH TUGAS PEGAWAI TADBIR UUM COLGIS

Published on Thursday, 7 August 2014

COLGIS ONLINE :

Satu Majlis Serahan Nota Serah Tugas Pegawai Tadbir UUM COLGIS telah diadakan pada 05 Ogos 2014 bertempat di Bilik Seminar, UUM COLGIS. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Yang Berbahagia Prof. Madya Datin Dr. Siti Alida John Abdullah dan semua Dekan UUM COLGIS.

Dalam ucapannya, Penolong Naib Canselor UUM COLGIS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sumbangan yang diberikan kepada UUM COLGIS kepada pegawai-pegawai yang berpindah ke jabatan yang lain. Beliau juga turut mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada semua pegawai yang bertukar ke UUM COLGIS.

Selesai ucapan, majlis diteruskan dengan sesi menandatangani nota serah tugas dan sesi penyerahan nota serah tugas oleh pegawai-pegawai yang terlibat. Majlis disudahi dengan jamuan ringan.

Habis.

====================

DARIPADA:

Pejabat Penolong Naib Canselor

UUM College of Law, Government & International Studies

Universiti Utara Malaysia │ 06010 UUM Sintok, Kedah │ Malaysia

Tel : 04-9287701 │ Faks: 04-9287705 │ Email : colgis@uum.edu.my

  1. e-Application
  2. Intranet Systems
Legal Disclaimer |Privacy & Security Policy |Copyright | Site Map | FAQ's | Service Desk | User Support | hit counter script