Saturday, February 13, 2016
Text Size
English Arabic Chinese (Simplified) Italian Malay
  • World Class Management Studies Programme

  • Audit Swaakreditasi

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

UUM COLGIS Raikan Graduan Kelas Pertama Di Malam Seribu Impian

Share

UUM COLGIS RAIKAN GRADUAN KELAS PERTAMA DI MALAM SERIBU IMPIAN

COLGIS ONLINE:

UUM College of Law, Government & International Studies (UUM COLGIS) telah menganjurkan Majlis Malam Serbu Impian bersempena Majlis Konvokesyen Ke-25 Universiti Utara Malaysia khusus bagi meraikan graduan kelas pertama UUM COLGIS. Program ini berlangsung pada 09 Oktober 2012 bermula jam 8.30 malam di Dewan Seri Angsana, EDC-Hotel UUM.

Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof. Madya Datin Dr. Siti Alida John Abdullah hadir meraikan pelajar-pelajar cemerlang ini bersama-sama dengan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Dr. Muhammad Fuad Othman, Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang, Prof. Madya Dr. Rusniah Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, Dekan Pusat Pengajian Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Dr. Basri Rashid dan Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government, Prof. Madya Dr. Samihah Khalil. Antara lain yang hadir ialah Ketua-ketua Jabatan, Penyelaras dan Penolong Pendaftar UUM COLGIS.

Keseluruhannya, UUM COLGIS mencatat seramai 26 orang pelajar yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama yang terdiri daripada lima orang dari Program Pengurusan Pembangunan, dua orang dari Program Hal Ehwal Antarabangsa, sepuluh orang dari Program Hospitaliti, lima orang dari Program Perniagaan Antarabangsa, dua orang dari Program Pelancongan dan seorang dari Pengurusan Awam. Mereka hadir bersama ibu bapa serta saudara terdekat.

Sehubungan dengan itu, Penolong Naib Canselor dan seluruh warga UUM COLGIS serta Universiti Utara Malaysia mengucapkan sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada semua graduan kelas pertama.

Habis.

===============================
DARIPADA:

Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni

UUM COLGIS

  1. e-Application
  2. Intranet Systems
Legal Disclaimer |Privacy & Security Policy |Copyright | Site Map | FAQ's | Service Desk | User Support | hit counter script